this will link u to mybank2u
Wednesday, November 09, 2005
Thursday, October 20, 2005
welcome to mrgaban@blogspot.com
this blog is design by me to let my friend know about myself..
all of us know that the internet is the fastest way to keep in
touch with our friend instead of phone.. and most important is,
its cheap.!!! rite..? ;>
well, its me in the picture above.!!!
i'll stop here...
got to go..
to be continued...
Thursday, October 06, 2005
SaLaM RaMaDHaN aL-MuBaRaK.
Selalunya orang bertanya tentang persiapan hari raya, hari merdeka, tahun baru. Kalau tidak pun, musim peperiksaan atau berjaya menjadi calon temuduga bekerja ataupun setidak-tidaknya kepada calon pengantin yang ingin memasuki gerbang alam perkahwinan atau menimang cahaya mata. Tapi sahabat kita ni agak luar biasa sikit. Ditanya mengenai persiapan menyambut Ramadhan. Kalau tidak esok, lusa kita akan mula mengharungi Ramadhan untuk tahun 2006 Hijrah.
Saya suka nak berkongsi pengalaman saya disini. Persiapan bagi diri saya ada dua jenis. Yang pertama, persiapan mentaliti. Mental tuning perlu dilakukan seperti untuk ubah rutin (jadual) harian. Selalu sarapan jam 9pagi tetapi kena tune agar beringat "Aku puasa, aku puasa". Selebihnya, saya set dalam minda "tingkatkan nafsiyyah, hafal kalamullah atau kalam rasulullah, tarawih, witr dll"
Yang kedua, persiapan fizikal. Sebelum menyambut Ramadhan, saya cuba praktis berpuasa sehari dua dalam seminggu untuk elak 'culture shock'. Setahun melanyak perut dengan multi-resepi Tanah Malaya, mungkin nanti crammed pulak sebab 'tergezut' tetiba perut sifar makanan !
Apapun, saya rasa kebanyakkan dari kita yang tinggal di Malaysia ni, tak jauh beza membuat persiapan menyambut Ramadhan. Mungkin ada yang buat kenduri sambut Ramadhan atau yang eksrim sikit, bertungkus lumus disaat akhir berekspedisi kesana-kemari jalan-jalan cari makan, makan sebelum tiba masa 'tak boleh' makan !
Untuk adik-adik yang teringin berendam, bolehlah melepaskan gian bermandi manda ditempat rekreasi air terjun dan sebagainya, sebab adatnya, bulan puasa berendam disungai 'tak elok', boleh batal puasa.
Untuk yang sering menghadapi waktu-waktu 'boring', CD Game Play Station, software games, papan catur/dam, atau carrom dibeli sebagai mengisi kelapangan meniti hari berpuasa nanti.
Itulah warna persiapan yang saya boleh perhatikan sekeliling kita di Malaysia ni.
Lain pula halnya di luar Malaysia. Khususnya di wilayah-wilayah yang sedang bergolak. Apa pula warna dan corak persiapan mereka menyambut Ramadhan kali ini ? Misalnya di Iraq, saban hari kita baca didada akhbar, kita dengar dicorong speaker TV mengenai pergolakan di Baghdad dan sekitarnya. Di Tebing Gaza yang sekarang sedang di serang bertubi-tubi oleh Israel, di Afghanistan, Chechnya, Sudan.. Tak ketinggalan dinegara jiran kita Thailand Selatan, Indonesia yang sedang berhadapan konflik kenaikan bahanapi lebih 100% !!
Sesungguhnya kita lemah, kita tak dapat gambarkan suasana kehidupan mereka ketika ini melainkan apa yang dipaparkan oleh pihak media massa. Dari apa yang dipaparkan sekurang-kurangnya kita dapat mengagak apakah persiapan mereka menghadapi Ramadhan kali ini. Apa yang saya dapat rasakan, persiapan mereka jauh berbeza dari persiapan kita disini.
Mungkin pada mereka, Ramadhan dan bukan Ramadhan adalah sama. Derita dan sengsara mereka yang tak terbela itu menyebabkan sebahagian mereka lupa dengan kenikmatan berpuasa dan berhari-raya seperti kita disini. Bedilan peluru dan bom, menyingkirkan cita-cita mereka untuk berpuasa dalam Ramadhan. Mungkin ada yang menyambut Ramadhan sepanjang tahun seperti di Sudan dan negara Afrika lain yang sedang dilanda kebuluran fatal !
Di Selatan Thai, umat jiran dilayan seperti kertas tisu jamban. Begitu juga dengan yang lain, yang menghadapi tekanan imperialisme kufur barat dan sekutu laknat lainnya tanpa kenal erti hormat pada Ramadhan ataupun lainnya !
Bila direnung semula pertanyaan sahabat kita dibawah ni, maka tersimpul dalam kotak fikiran ni,
PERSIAPAN YANG BAGAIMANA YANG SEPATUTNYA KITA LAKUKAN AGAR RAMADHAN DISAMBUT SELURUH UMAT ISLAM DENGAN SATU PEMIKIRAN, SATU PERASAAN !
Saya yakin jawapannya tidak lain melainkan kembali kan KHILAFAH ! Sistem pemerintahan kenabian yang memelihara umat (sebagai perisai), memandu kesejahteraan dibawah syari'at Islam agar sekalian manusia dinaungi rahmat Ilahi.
[QS Al-A'raaf (7) : 96] Jika sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami siksa mereka disebabkan perbuatannya.
Tak patut kita mengamalkan Islam dan kehidupan secara individually sebab Islam itu menuntut kita hidup berjama'ah dalam erti kata keseluruhan. Sabda baginda SAW;
"Tidak beriman dari kalangan kamu sekiranya kamu tidak mengasihi saudara mu sepertimana kamu mengasihi diri kamu sendiri"
Dan disebutkan pula sikap kepedulian sesama muslim;
"Barangsiapa yang bangun tidur (diwaktu pagi) tidak memikirkan urusan umat (Islam) ini, maka dia bukanlah dari kalangan mereka (kaum muslim)"
Salam Ramadhan Al-Mubarak
1426 Hijriah
Wassalam
GaNJaRaN JiKa iKHLaS BeRPuaSa.
BALASAN bagi orang yang berpuasa dengan penuh takwa dan ikhlas bagi
mendapatkan keredaan Allah sangat besar.
Selain, diberikan ganjaran pahala berlipat ganda, Allah turut
berjanji balasan syurga untuk mereka.
Daripada Sahl bin Sa'ad, bahawa Nabi Muhammad bersabda
bermaksud: "Sesungguhnya di syurga ada pintu yang bernama ar-Rayyan
tempat masuk orang yang berpuasa pada hari kiamat. Tidak dapat masuk
daripada pintu itu kecuali orang yang berpuasa, dipanggil oleh
penjaganya: "Di manakah orang yang telah berpuasa?"
"Dan tidak dapat masuk ke situ kecuali mereka yang berpuasa saja,
dan jika semuanya telah selesai masuk, maka pintu itu ditutup, dan
tidak masuk melaluinya melainkan mereka yang berpuasa saja."
Sesungguhnya ujian daripada puasa itu amat besar.
Oleh itu, kedudukannya di sisi Allah sangat mulia hinggakan Allah
menyediakan pintu khas ke syurga yang dinamakan ar-Rayyan.
Malaikat yang menjaga pintu itu akan menyeru dan memanggil orang
berpuasa untuk dimasukkan ke syurga melalui pintu ar-Rayyan yang
dijaganya dan tidak ada yang dapat melaluinya melainkan mereka yang
layak saja.
Daripada Abu Said al-Khudri, katanya, Rasulullah bersabda: "Tidak
seorang pun daripada hamba Allah yang berpuasa sehari dengan niat
kerana Allah, melainkan akan Allah jauhkan mukanya daripada
kepanasan api neraka sejauh perjalanan 70 tahun lamanya."
Orang berpuasa dengan niat ikhlas kerana Allah, kemudian memelihara
puasanya daripada amalan ditegah, Allah akan membalasnya dengan
menjauhkan dirinya daripada api neraka sejauh 70 tahun perjalanan.
SiFaT PuaSa RaSuLuLLaH SaW.
karangan Syiekh Abdullah bin Abdul Rahman bin Jibrin
Terjemahan dan olahan oleh Khairol Amin (kaminms@gmail.com)
Ini merupakan ringkasan sifat Puasa Nabi saw - dimana didalammnya meliputi kewajipan, adab2, do'a2, hukum2 bersekitar puasa, jenis manusia yang berpuasa, perkara yang membatalkan puasa, dan faedah2 lain. Kita memohon petunjuk Allah agar orang2 Islam mengamalkan sunnah Nabi saw pada semua peringkat, dari yang kecil sehinggalah yang dewasa/tua. Demi Allah yang memberi petunjuknya.
Ta'rif Puasa : merupakan ibadat kepada Allah dengan meninggalkan perkara2 yang dilarang dari terbit fajar sehingga terbenam matahari.
Puasa Ramadhan merupakan salah satu rukun Islam. Nabi saw bersabda :
"Islam dibina atas 5 perkara : mengucap syahadah, mendirikan solat, membayar zakat, berpuasa pada bulan Ramadhan dan Haji ke Baitullaah al-Haram" [mutafaq 'alaih].
Orang2 yang berpuasa :-
* Puasa wajib bagi semua orang Islam yang Baligh dan berakal dan bermukim.
* Orang kafir tidak wajib puasa, dan mereka tidak perlu qadha' puasa jika mereka memeluk Islam.
* Kanak-kanak yang belum baligh tidak wajib puasa, akan tetapi disuruh melakukannya agar merekaa menjadi biasa dengan berpuasa.
* Pesakit yang mempunyai penyakit (emergency) dan sedang menunggu sembuh boleh bebuka puasanya dan setelah sembuh boleh mengqadha'nya kembali.
* Orang gila tidak wajib puasa, dan tidak boleh memberi dia makan jika dia sudah besar, dan orang yang 'insane' contohnya tiada diskriminasi terhadapnya, dan orang tua yang nyayuk tidak juga ada diskriminasi terhadap mereka.
* Orang yang tak berupaya ('aajuz) berpuasa atas sebab kekal (permanent) sebagaimana orang tua atau pesakit yang tiada harapan sembuh - setiap hari yang tidak berpuasa diberi makan kepada orang miskin.
* Wanita yang hamil dan menyusu jika menhadapi kesukaran keatasnya berpuasa disebabkan mengandung atau menyusu, boleh berbuka dan boleh menqadha' puasanya apabila datang keringanan dan hilangnya kebimbangan.
* Wanita datang haidh dan Nifas tidak boleh berpuasa didalam sedemikian, dan mengqadha' apa yang tertinggal.
* Melakukan operasi penyelamat (rescue) dari mati lemas atau kebakaran boleh berbuka untuk menyelamatkannya dan hendaklah diqadha' puasa.
Orang yang bermusafir diberi pilihan berpuasa atau berbuka, dan wajib mengqadha' sekiranya berbuka didalam permusafiran, samada bermusafiran yang 'emergency', atau sepertimana Umrah, atau sentiasa bermusafir seperti pemandu teksi, mereka boleh berbuka selama mana mereka tidak berada dinegara mereka.
Hukum-hukum didalam berpuasa
1-Niat :
Wajib berniat didalam puasa. Kewajipannya sebelum terbit fajar, Nabi saw bersabda :
"Barangsiapa yang tidak menetapkan untuk berpuasa sebelum fajar, maka tiadalah puasa baginya"[Shahih Abi Daud]
Sabda Nabi saw didalam hadith lain :-
"Barangsiapa yang tidak berniat puasa pada malamnya maka tiadalah puasa baginya" [Sahih al-Nasaa'i].
Niat tempatnya dihati, melafaznya tidaklah datang dari nabi saw, dan tiadalah mana-mana para sahabat Nabi ra. melakukannya.
[Komentar : Umumnya, masyarakat Islam masih bergantung kepada Lafaz Niat : "Nawaitu Sauma ghadin..." dan bukannya azam untuk melakukan puasa pada keesokkan harinya. Yang menjadi rukun adalah niat yang berbentuk azam]
2- Waktu berpuasa :
Firman Allah swt :
"Makan dan minumlah sehingga jelas kepada kamu benang (garis) putih dari benang (garis) hitam, iaitu fajar" [surah al-Baqarah : 187]
* Fajar Kazib - padanya tidak dibenarkan solat fajar, tidak diharamkan makan dan minum. Ia merupakan cahaya putih terang yang berbentuk segi empat (komentar : seperti tiang cahaya putih yang menegak selama 20min sebelum fajar sebenar/solat fajar).
* Fajar Saadiq - padanya diharamkan makan bagi yang berpuasa, dibenarkan solat fajar, kelihatan segi empat merah diatas puncak gunung ganang.(komentar : garis putih bertebaran secara mendatar).
Apabila malam tiba dari arah timur dan berlalu dari arah barat, dan matahari terbenam, maka boleh berbuka puasa. Nabi saw bersabda :
"Apabila datangnya malam dari sini dan berlalunya siang dari sini, dan terbenamnya matahari, maka berbukalah puasa" [Hadith Mutafaq a'alaih].
Perintah ini bermula apabila bebola matahari hilang dan jika zahirnya zahir.
3-Sahur
Sabda Nabi saw :
"Perbezaan puasa diantara puasa kita dan puasa ahli kitab ialah makan sahur:" [Hadith Riwayat Muslim]. Bersabda Nabi saw didalam hadith yang lain :
"Barakah ada didalam 3 perkara : Jemaah, bubur dan sahur" [Hadith Riwayat al-Tabarani didalam al-Kabir].
Sahur merupakan berkat yang zahir, tidak harus ditinggalkan, kerana patuh kepada Sunnah. Sahur memberi kekuatan bagi yang berpuasa. Ia merupakan makanan yang diberkati sebagaimana Nabi saw menyebut namanya : "Anda telah sampai kepada makanan yang diberkati" [Sahih Abu Daud]. Sabda Nabi saw lagi :
"Makan Sahur adalah berkat, maka janganlah kamu meninggalkannya, walaupun salah seorang dari muka yang meminum seteguk air, kerana sesungguhnya Malaikat berselawat keatas orang2 yang bersahur" [Hadith Hasan riwayat Imam Ahmad]. Sabda Nabi saw lagi :
"Nikmat Sahur orang beriman adalah kurma" [Sahih Riwayat Abi Daud].
Dan telah menjadi petunjuk Nabi saw agar melewatkan sahur sebaik2 sebelum subuh/fajar.
[Komentar : waktu Imsak yang diamalkan seperti 10min sebelum masuk waktu fajar bukanlah diamalkan oleh para2 salaf. Ibn Kathir meriwayatkan bahawa kebanyakkan ulama Salaf bertolanransi didalam bab makan sahur sehingga hampir fajar. Begitu juga dengan mereka yang sedang meneguk air ketika azan berkumandang, adalah sunnah baginya menyelesaikan hajatnya dan bukan meludahkan air. Sabda Nabi saw : "Apabila salah seorang dari kamu mendengar azan sementara piring sudah ditangan, janganlah piring itu diletakkan sehingga ia menunaikan hajatnya" [Hadith Riwayat al-Hakim]]
4-Apa yang orang berpuasa perlu tinggalkan :
* Menipu : Nabi saw bersabda :
"Barangsiapa yang tidak meninggalkan menipu dan beramal dengannya, maka tidaklah Allah swt berhajat untuknya meninggalkan makan dan minumnya" [Hadith Riwayat al-Bukhari].
* Percakapan yang karut dan kotor. Nabi saw bersabda :
"Bukanlah dari itu dari makan dan minum, namum puasa adalah [menahan diri] dari bercakap kosong dan lucah, maka jika seseorang memaki atau menyakitimu, maka katakan : sesungguh aku sedang berpuasa" [Hadith Sahih Ibn Khuzaimahj].
5- Apa yang dibenarkan didalam berpuasa :
* Orang berpuasa yang masih berjunub : dari 'Aisyah ra :
"Telah masuk fajar dan baginda masih berjunub dengan isterinya, kemudian dia mandi dan berpuasa" [Hadith Muttafaq a'alaih].
* Orang berpuasa yang bersiwak : Nabi saw bersabda :
"Jika tidak menyusahkan umatku, nescaya aku memerintahkan mereka bersiwak setiap kali berwudhu'" [Hadith Muttafaq a'alaih].
Nabi saw tidak mengkhaskan orang berpuasa dengan yang lain, dan ini juga satu isyarat bahawa orang yang berpuasa boleh bersiwak pada setiap kali wudhu' dan setiap kali solat, pada setiap waktu samada sebelum tergelincir atau selepasnya.
* berkumur2 dan memasukkan air melalui hidung : Nabi saw berkumur-kumur dan memasukkan air kedalam hidung dan ketika itu dia berpuasa, akan tetapi dia tidak melakukannya secara melampau-lampau. Sabda Nabi saw :
"Berlampau2 didalam memasukkan air kedalam hidung melainkan ia sedang berpuasa" [hadith Shahih Abu Daud]
* Orang berpuasa bercumbu dan bercium : Dari 'Aisyah ra. berkata :
"Rasulullah saw pernah mencium dan dia sedang berpuasa, dia pernah bercumbu dan dia berpuasa, akan tetapi bagindalah orang yang kuat menahan syahwatnya dari kamu sekalian" [Muttafaq 'alaih].
Baginda tidak menyukai dilakukan keatas orang muda, kecuali yang tua. Baginda bersabda :
"Sesungguh orang tua mampu menahan diri mereka sendiri" [Hadith Sahih Riwayat Ahmad].
* Pemeriksaan dan mengambil darah - jarum tersebut tidak bermaksud makanan, ia tidak membatalkan puasa, kerana ia bukanlah makanan dan tidak sampai kepada jantung.
* Menampal gigi (uprooting) - tidak membatalkan puasa
* Merasai makanan : hadnya tidak sampai kepada halkum, dan begitu juga dengan penggunaan ubat gigi. Dari Abbas ra. berkata :
"'Tidak mengapa dia merasai (taste) cuka atau apa2, selagi ia tidak memasuki halkum, dan dia masih berpuasa" [Riwayat al-Bukhari[
* Memakai celak dan ubat mata (drops) yang memasuki mata - perkara ini tidak membatalkan puasa, samada menjumpai makanan di tekak, atau tidak menjumpainya. Berkata Imam al-Bukhari didalam sahihnya :
"Tidak tidak melihat apa2 masalah bagi Anas, hasan dan Ibrahim dengan bercelak memcacatkan orang berpuasa"
[Komentar : Perkara2 yang dianggap boleh membatalkan puasa seperti korek hidung, korek telinga, pakai eye drop, ambil darah, sembelit dan kesemuanya bukanlah merupakan perkara2 yang membatalkan puasa.]
6- Berbuka Puasa :
* Mempercepatkan berbuka puasa merupakan sunnah Nabi saw dan juga larangan kaum Yahudi dan Nasrani, mereka melewat2kannya, mereka melambat-lambatkan waktunya. Nabi saw bersabda :
"Sentiasa manusia itu berada didalam kebaikkan selama dia mendahulukan berbuka puasa" [Hadith Muttafaq 'alaih].
* Berbuka sebelum Solat Maghrib : dari Anas ra. berkata :
"Rasulullah saw pernah berbuka sebelum bersolat' [Hadith hasan riwayat Abu Daud]. Apa yang baginda makan sewaktu berbuka? Dari
Anas bin Malik ra. berkata :
"Nabi saw berbuka dengan Rutbaat (kurma matang) sebelum solat, dan jika tidak ada kurma matang maka beberapa biji kurma biasa, dan jika tiada kurma biasa, cukuplah dengan beberapa teguk air" [Hadith Sahih Abi Daud].
* Apa yang baginda ucapkan ketika berpuasa? Nabi saw berkata :
"bagi orang yang berbuka, do'anya tidak akan tertolak" [Hadith Sahih Ibn Majah].
Nabi saw semasa berbuka puasa berdo'a :
"Telah pergi kehausan dan telah membasahi urat-urat, dan pasti ganjaran dengan kehendak Allah" [Hadith Sahih Abi Daud]
[Komentar : Adalah tidak betul perbuatan seseorang yang melewatkan berbuka disebabkan baginya azan maghrib masih berkumandang. Begitu juga dengan do'a berbuka puasa yang masyhur dikalangan kita : Allahumma laka Sumtu ....." yang sebenarnya status hadith tersebut adalah dhaif. Hadith Sahih bagi menggantikan do'a ini adalah seperti diatas dan transliterasinya adalah : "Dhahaba al-zama’ wa abtalat al-‘urooq wa thabata al-ajr in sha Allaah"]
7- Perkara yang membatalkan puasa
* Makan dan minum dengan sengaja : samaada ianya bermunafaat atau mudharat seperti asap. Jika dia terlupa atau tersilap atau dipaksa maka tidaklah mengapa dengan kehendak Allah. Nabi saw bersabda :
"Jika seseorang terlupa lalu di makan dan minum air, maka sempurnakanlah puasanya, kerana sesungguhnya Allah lah yang memberi dia makan dan minum" [Hadith Muttafaq 'alaih].
* Muntah dengan sengaja : iaitu mengeluarkan apa yang ada didalam perut melalui mulut. Sabda Nabi saw :
"Barangsiapa yang muntah (tidak sengaja, sedangkan dia sedang berpuasa) tidak ada qadha' baginya, dan barangsiapa yang sengaja maka baginya qadha'"[Hadith Sahih Abu Daud].
Maka jika muntah tidak sengaja, maka ia tidak membatalkan puasa.
* Berjima' : jika berlaku pada siang hari Ramadhan dari orang yang berpuasa wajib, maka keatasnya qadha' kafaarah, iaitu membebaskan seorang hamba, dan jika tidak menjumpai hendaklah berpuasa 2 bulan berturut2, dan jika tidak mampu, memberi makan kepada 60 orang miskin.
* Injeksi makanan : iaitu menyalurkan bahan makanan melalui usus atau darah dengan tujuan pemakanan keatas pesakit, dan jenis-jenis ini membatalkan puasa, kerana ini masuk melalui rongga.
* Haidh dan Nifas : keluar darah dari wanita sebahagian hari siang samaada menjumpainya awal atau akhir, dia harus berbuka dan mengqadha'nya.
* Mengeluarkan mani : melakukan onani (masturbation) atau bercumbu atau bercium, atau apa perbuatan kearah itu, dan jika ia bersangkutan dengan pendewasaan, maka ia tidak membatalkan puasa kerana ia bukanlah diatas kehendak mereka yang berpuasa.
* Keluarnya darah : contohnya pendarahan berlaku kepada yang berpuasa, diberikan ganti atas apa yang dikeluarkan.
8-Qadha' Puasa
Adalah mustahab (digalakkan) menyegerakan diri untuk qadha' puasa dan tidak disukai melewatkannya, tidak wajib berturut2 didalam Qadha'. Pada ulama' bersetuju secara ijma' bahawa barangsiapa yang mati dan dia juga meninggalkan solat maka tiada qadha' baginya. Begitulah dari golongan yang lemah ('ajuz) yang tidak berpuasa sekalipun didalam hidupnya, mereka dikehendaki memberi makan hari-hari yang ditinggalkan kepada orang miskin. Akan tetapi, barangsiapa yang sedang berpuasa mati, maka wajib puasa keatasnya. Sabda Nabi saw :
"Barangsiapa yang mati sedangkan ia masih mempunyai puasa wajib, maka berpuasalah walinya untuknya" [Hadith Muttafqa 'Alaih]
9-Berpuasa tetapi meninggalkan solat :
Barangsiapa yang meninggalkan solat, maka dia telah meninggalkan satu rukun penting didalam rukun2 Islam selepas Tauhid. Puasa tersebut tidak bermunafaat apa2 selama-mana dia meninggalkan solat. kerana sesungguhnya solat itu tiang agama dan ia bergantung kepadanya. Meninggalkan solat telah dihukumkan kafir diatasnya. Orang kafir tidak diterima amalannya sebagaimana hadith Nabi saw:
"Sempadan yang membezakan diantara kita dan mereka (orang kafir) adalah Solat, barangsiapa yang meninggalkan solat maka dia telah kafir" [Hadith Sahih Riwayat Imam Ahmad]
10-Solat Malam yang optional ( Tarawih ) :
Rasulullah saw telah melakukan Qiam Ramadhan (Solat Tarawih) secara berjemaah, kemudian baginda telah meninggalkannya kerana takut umatnya akan mewajibkannya, maka sesiapapun tidaklah boleh mewajib solat ini. Bilangan rakaat ialah 8 (lapan) rakaat tanpa witir sebagaimana hadith dari A'isyah ra, :
"Nabi saw tidak menambah pada malam Ramadhan dan selainnya sebanyak 11 rakaat" [Hadith Muttafaq 'alaih]
Umar bin al-Khattab ra menghidupkan sunnah Solat berjemaah 11 rakaat ini, dan beliau bersolat pada zamannya sebanyak 23 rakaat, dan mereka bersolat selepasnya sebanyak 39 rakaat. Amalan 23 rakaat dilakukan sebagaimana solat di Masjidil Haram dan Masjid al-Nabawi, ini merupakan pandangan 3 Imam dan mereka2 yang lain.
Apa yang wujud pada umat Islam sekarang adalah Solat Tarawih dilakukan secara laju bacaannya, termasuklah ruku' dan sujudnya, dan ini telah bertentangan dengan solat, iaitu kaifiat khyusuk, dan dalam keadaan2 yang lain boleh mengakibatkan solat tersebut batal.
11-Zakat Fitrah
Zakat Fitrah merupakan amalan fardu, Nabi saw bersabda :
"Rasulullah saw telah memfardukan zakat fitrah pada bulan Ramadhan keatas manusia" [Hadith Muttafaq 'alaih]
Diwajibkan Zakat Fitrah keatas kanak2 dan orang dewasa, lelaki dan perempuan, manusia bebas dan hamba dari orang2 Islam, dan kadarnya diukur menurut negara tempat tinggal masing2, yang afdalnya tempat tinggal siang dan malam mereka bersama keluarga. Yang paling afdal diberikan kepada golongan miskin.
Waktu mengeluarkannya : Pada Hari Raya (Eid) sebelum solat, dan boleh juga sehari atau 2 hari sebelumnya, dan tidak boleh melewatkannya dari hari Eid.
CaRa TeRBaRu MeNYeBaR HiV PoSiTiF
VIRUS PENYAKIT AIDS
SILA AMBIL PERHATIAN : -
Berikut adalah artikel yang perlu diambil perhatian
sekiranya anda belum membacanya...
Sila baca artikel berikut mengenai orang yang HIV
positif seronok menyebarkan virus HIV. Ianya pernah
ke udara di dalam Televisyen Thai dimana pesakit HIV
ditangkap & didakwa, tapi apa gunanya, beliau telah
merosakkan ramai orang awam yang tak berdosa.
Jadi sila berhati-hati...Beberapa tempat berbahaya
dan kebarangkalian menemui jarum penyuntik yang
telah digunakan penagih :
1. Di kawasan pantai.
Apabila anda berjalan di pantai sila pakai selipar
sebab jarum yang ada HIV telah terdedah dan menimbus
jarum penyuntik di dalam pasir. Penyuntik ini
kemudiannya terdedah akibat ombak.
2. Di kawasan permainan kanak-kanak.
Satu lagi kawasan pilihan penagih.Terdapat kes di
Australia di mana kanak-kanak yg tak berdosa telah
tercucuk jarum penyuntik apabila beliau turun
daripada papan lunsur kemudiannya didapati HIV
positif.
3. Di panggung wayang.
Sila pastikan kerusi yg anda duduki. Kes yang
terjadi apabila seorang perempuan duduk di kerusi
beliau dan terasa sesuatu benda mencucuk. Beliau
berdiri dan mendapati ada penyuntik dan nota
berbunyi "Welcome to the real world, you are now HIV
positive". Doktor telah memeriksa jarum tersebut &
mengesahkan ianya terdapat virus HIV. Ianya berlaku
di Hawai jadi berhati-hati....
4. Di Georgia & Florida, ada kes menunjukkan pesakit
HIV meletakkan penyuntik di dalam tempat
mengembalikan syiling, mesin air minuman. Jadi
pastikan bila anda membeli air, perhatikan
betul-betul tempat mengembalikan wang syiling.
Mungkin terdapat jarum penyuntik di dalamnya. Ini
adalah nyawa anda.
Sila 'foward' maklumat ini kepada orang lain,
especially keluarga, kawan2 dan sesiapa sahaja...
Artikel diperoleh dari;
Dr Yasmin Anum Mohd Yusof Associate Professor & Head
Dept. of Chemical PathologySchool of Medical
Sciences USM.
Wednesday, October 05, 2005
30 DaJJaL SeBeLuM DaJJaL MaTa 1.
"Sabda Rasulullah saw:
"Tidak akan berdiri kiamat sehingga akan keluar 30 orang dajjal
pendusta;semuanya berdusta keatas Allah dan keatas Rasul-Nya"
R/W Abu Dawud:Sumber Abu Hurairah
Zaman pemerintahan Saidina Abu Bakar rh lahir pula beberapa orang
Nabi palsu iaitu Sajaah (yang kemudiannya bersuamikan
Musailimah).Musailimah al-Khazhab dan Tulaihah
Dizaman pemerintahan Bani Umayyah timbul pula penyelewengan2
antaranya Mukhtar B. Ubaid at-Thaqafi yang katanya boleh terbang
dengan kursi ajaib.
Manakala zaman hayat Rasulullah saw Ibnu Shaad atau Ibnu Syaad
dikatakan salah seorang dajjal antara dajjal2 yang ramai
itu.Terdapat banyak sumber yang menyentuh Ibnu Syaad ini yang
menimbulkan banyak perselisihan para ulama.
Tambahan:Ada ulama pula berkata bahawa Qadirani juga termasuk
dajjal2 yang banyak itu.30 dajjal2 memang banyak membuatkan kita
perlu barhati-hati.
Para khatib patut jangan lupa mengingatkan para jemaah akan bahaya
dajjal ini.Telah bersabda Nabi saw:
"Tidak akan keluar dajjal sehingga orang ramai terlupa menyebutnya
dan sehingga imam2 (khatib) akan meninggalkan menyebutnya diatas
mimbar2"
R/W Abdullah B. Imam Ahmad.Menurut at-Haithami sahih;manakala Ibnu
Mu'iin menyebutkan periwayat2 lain adalah orang2 yang dipercayai).
Sumber rujukkan:Buku 'Fitnah2 dajjal' oleh penterjemah Abdullah al-
Qari B. Hj Salleh.
Wallhua'lam."
PRoF PeLuK iSLaM KeRaNa KaJiaN KuLiT.
Dr. Tagata Tagasone: Laa Ilaaha Illallah Muhammad Rasool Allah!
This man is uttering the Islamic creed (Shahaadah) and declaring that he is becoming a Muslim. This occurred during the 8th Saudi Medical Conference which was convened in Riyadh. He is Professor Tagata Tagasone, formerly Head of the Department of Anatomy and Embryology at the University of Shiang Mai in Thailand. He is now the Dean of the College of the Medicine at the University.
We presented to Professor Tagasone some Qur’aanic verses and Prophetic Ahadeeth which deal with his specialization in the field of anatomy. He commented that they also had in their Buddhist books very accurate descriptions of embryonic developmental stages. We told him that we were very anxious and interested to see those descriptions and learn about these books. A year later, Professor Tcame to King Abdul Aziz University as an outside examiner. We
reminded him of the statement he made one year before, but he apologized and said that he in fact had made that statement without ascertaining the matter. However, when he checked the Buddhist books he found that they contained nothing of relevance to the subject.
Upon this we presented to him a lecture written by Professor Keith Moore about the compatibility of modern embryology with what is contained in the Qur’aan and the Sunnah and we asked Professor Tagasone if he knew of Professor Keith Moore. He replied that he knew him of course, adding that Professor Moore was one of the Most world-renowned scientists in that field.
When Professor Tagasone studied this article he also was greatly astonished. We asked him several questions in his field of specialization. One of the questions pertained to modern discoveries in dermatology about the sensory characteristics of the skin.
Dr. Tagasone responded: Yes if the burn is deep.
It was stated to Dr. Tagasone: You will be interested to know that in this book, the Holy book the Qur’aan,there was a reference 1400 years ago which refers to the moment of punishment of the unbelievers by the fire of Hell and it states that when their skin is destroyed, Allah makes another skin for them so that they perceive the punishment by a fire, indicating knowledge about the nerve endings in the skin, and the verse is:
Those who reject our signs. We shall soon cast into the fire; as often as their skins are roasted through. We shall change them for fresh skins, that they may taste the chastisement: for Allah is Exalted in Power,Wise (Qur’aan 4:56).
So do you agree that this is a reference to the importance of the nerve endings in the skin in sensation, 1400 years ago?
Dr. Tagasone responded: Yes I agree. This knowledge about sensation had been known long before. Because it says that if somebody does something wrong, then he will be punished by burning his skin and then Allah puts a new skin in him, cover him, to make him know that the test is painful again. That means they knew many years ago that the receptor of pain sensation must be on the skin, so they put a new skin on.
The skin is the center of sensitivity to burns. Thus,if the skin is completely burnt by fire, it looses its sensitivity. It is for this reason that Allah will punish the unbelievers on the Day of Judgement by returning to them their skins time after time, as He, the Exalted and Glorified, said in the Qur’aan:
Those who reject our signs. We shall soon cast into the fire; as often as their skins are roasted through. We shall change them for fresh skins, that they may taste the chastisement: for Allah is Exalted in Power,Wise (Qur’aan 4:56).
We asked him the following question: ‘Is it possible that these verses came to the Prophet Muhammad,(sallallahu ‘alaihi wa sallam), from a human source?’
Professor Tagasone conceded that they could have never come from any human source. But he still asked about the source of that knowledge and from where could Muhammad have possibly received it? We said, ‘From Allah, the Most Glorified and Most Exalted.’ Then he asked: ‘But who is Allah?’ We replied: He is the Creator of all that is in existence.’ If you find wisdom then it is because it comes only from the one Who is Most Wise. If you find knowledge in the making
of this universe, it is because the universe is the creation of the One Who has all the knowledge. If you find perfection in the composition of these creations,then it is proof to you that it is the creation of the One Who Knows Best. And if you find mercy, then this bears witness to the fact that it is the creation of the One Who is Most Merciful. In the same way, if you perceive creation as belonging to one unified order and tied together firmly, then this is proof that it is the creation of the Only Creator, May He be Glorified and Exalted.
This is no less than a reminder to (all) the worlds. And you shall certainly know the truth of it (all)after a while.(38:87-88).
NuKiLaN CiNTa.
Jangan cinta kerana dia lelaki..
kelak kita akan membenci..
Jika dia bukan lelaki yang dicari..
hanya pandai menabur janji..
Jangan dirindu pada paras rupa..
kelak kita akan terseksa..
Jika dia tidak sebaik rupanya..
Senyumnya manis tipu belaka..
Jangan disayang kerana berharta..
kelak kita hidup menderita..
Jika hartanya habis dibelanja..
sukarnya hidup miskin dan papa..
Jangan dikasih kerana dipuji..
kelak kita menagih janji..
Jika rupa berkedut dimamah hari..
hilang sudah puji memuji..
Jangan dicari seorang kekasih..
kelak kita akan disisih..
Jika kasih luntur bersih..
menangislah diri hidup bersedih..
Jangan disambut salam rindu..
kelak kita menahan sendu..
Jika rindu tak dapat disatu..
dimanakah akan kita mengadu..
Jangan dilayan seorang teman..
kelak hidup menjadi ancaman..
Jika teman tidak beriman..
dibakar api dihari kemudian..
Wahai sahabat wahai teman..
carilah dia kerana Tuhan..
untuk menambah ceteknya iman..
bekalan diri hidup berteman..
Wahai sahabat wahai teman..
cintailah dia kerana beriman..
dijadikan Tuhan sebagai pasangan..
baik buruk ketentuan Tuhan..
Wahai sahabat wahai teman..
terimalah dia penuh keihlasan..
andai buruk anggaplah dugaan..
andai baik pujilah Tuhan..
Wahai sahabat wahai teman..
ingatlah akan janji Tuhan..
isteri yang baik besar balasan..
suami penyabar itulah kemenangan..
40 KeSiLaPaN iBuBaPa.
Anak adalah anugerah dari Allah yang paling berharga..
Hargai dan sayangilah mereka
Kepada semua yang bergelar Ibubapa kita sama-sama renungkan....
1. Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai zuriat
2. Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai zuriat
3. Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak
4. Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak-anak
5. Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disajikan kepada anak-anak
6. Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan
7. Melahirkan suasana yang kurang seronok ketika makan
8. Membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak
9. Kurang melahirkan kasih sayang
10. Sering mengeluh di hadapan anak-anak
11. Tidak meraikan anak-anak ketika mereka pergi dan pulang dari sekolah
12. Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan
13. Tidak memberatkan pendidikan agama di kalangan anak-anak
14. Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak
15. Tidak memprogramkan masa rehat dan riadah anak-anak
16. Tidak menggalakan dan menyediakan suasana suka membaca
17. Mengizinkan anak-anak menjamah makanan dan minuman yang tidak halal
18. Tidak menunjukkan contoh tauladan yang baik di hadapan anak-anak
19. Jarang meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anak-anak
20. Terdapat jurang komunikasi di antara ibubapa dengan anak-anak
21. Tidak menggunakan bahasa yang betul
22. Suka bertengkar di hadapan anak-anak
23. Sentiasa menunjukkan muka masam di hadapan anak-anak
24. Tidak membimbing anak-anak supaya mematuhi syariat
25. Memberi kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak
26. Terlalu mengongkong kebebasan anak-anak
27. Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak
28. Tidak menunjukkan minat kepada aktiviti anak-anak
29. Tidak memupuk semangat membaca di kalangan anak-anak
30. Tidak berminat melayan pertanyaan atau kemusykilan anak-anak
31. Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak
32. Lambat memberi penghargaan kepada anak-anak
33. Kerap meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan anak-anak
34. Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan
35. Sering mengancam dan menakutkan anak-anak
36. Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan
37. Tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman ke atas anak-anak
38. Memberi nasihat yang sama kepada anak-anak
39. Tidak tegas mendidik anak-anak
40. Tidak menggalakkan anak-anak hidup berkerjasama
Dipetik dari buku '40 KESILAPAN MENDIDIK ANAK'
oleh Dr. Hassan Ali, AKRAB 1996
MuRTaD KeRaNa CiNTa... aSTaGHFiRuLLaH...
Astagfirullah!. Aku beristigfar berkali-kali.
Sesungguhnya aku tidak
sendiri. Allah bersamaku. Allah mendengar keluhanku.
Allah tahu resah
dan gelodak yang melanda jiwaku. Allah tahu semua itu.
Aku sujud
panjang, memohon istighfar. Air mataku mengalir. Aku
terlena di atas
sejadah. Tubuhku benar-benar letih. Sudah hampir
sebulan aku berada
dalam keadaan tidak menentu. Makan minumku sekadarnya.
Tidurku dihantui
mimpi-mimpi ngeri. Hari-hariku penuh kesedihan dan
kekecewaan. Emosiku
terganggu..... Fikiranku mengimbau peristiwa lama
itu.....
Suamiku yang menunggu di luar tidak sabar menanti
jawapan. "Macam mana?"
tanyanya. "Abang nak atau tidak?". "Mestilah nak!".
"Kalau abang nak.....
adalah!". Dia mengucup dahiku. Pelukannya erat. Aku
gembira. Dia gembira.
Tuhan, syukurlah atas nikmat ini. Aku tahu dia amat
sayang padaku.
Seperti sayangku padanya. Dan seperti kasih kami
kepada janin dalam rahimku.
Dia menjagaku sebaiknya. Makan minumku, sakit
peningku.Dan segala-galanya.
"Doalah, semoga anak kita jadi anak yang baik,".
Hari-hari itu yang
diingatkan padaku. Aku pun ingin memiliki anak yang
soleh, yang luhur
pekertinya dan teguh memegang syariat Allah s.w.t pada
akhir zaman. Lalu
hari-hari kubisikan kepadanya kata-kata yang baik.
Biarpun dia masih di
dalam rahim. Aku pasti ada pertalian yang
menghubungkan aku dengannya.
Aku nyatakan harapanku dan saban hari bibirku tidak
kering melagukan ayat
suci Al-Quran. Surah Yasin, Al-Luqman, At-Taubah,
Yusuf dan Maryam telah
sebati dalam pengalamanku. Sebelum melelapkan mata,
suamiku akan
mengajarnya membaca Al-Fatihah. Dan alangkah
gembiranya hati bakal ibu
apabila janinnya bergerak-gerak, memberi tindak balas
pada kalimah
tayyibah yang diajarkan. Akhirnya dia kulahirkan
setelah melalui kesakitan
antara hidup dan mati. Terubat hatiku melihat
senyumannya.
Dia banyak menyalin rautku. Berkulit cerah dan
berwajah bujur sirih. Paling
seronok melihat lekuk di kedua belah pipinya bila dia
tersenyum. Nur Amana,
nama pilihan suamiku. Menggabungkan maksud cahaya
Ilahi yang menaungi
setiap sudut hidupnya. Penuh barakah dan rahmat. Biar
dia menjadi wanita
terpuji. Memiliki iman setinggi iman Siti Fatimah
az-Zahra, puteri
Rasullulah s.a.w. yang terunggul.
Dan membesarlah dia dalam limpahan kasih sayang aku
dan suami. Takdir Allah
s.w.t. menyuratkan kami tidak memperoleh anak lagi
selepas kelahirannya.
Pelbagai usaha kulakukan, namun barangkali puteri
seorang itu sajalah
amanah yang perlu disempurnakan sebaiknya. Aku akur.
Suamiku tidak banyak
bicara. Ketentuan Allah adalah sesuatu yang mesti
diterima dengan reda.
Nur Amana anak yang bijak. Tidak sekadar memiliki
kecantikan lahiriah,
akhlaknya terpuji. Tutur katanya mendamaikan jiwa.
Bila dipandang
menyejukkan hati. Tidak pernah sekalipun mengangkat
suara pada orang tua.
Malah kata maaf sering diucapkan bila terasa lakunya
menyentuh hati orang
lain.
Saat paling menyedihkan bila sepucuk surat bersampul
coklat tiba pada
suatu tengahari. Detik perpisahan bertemu jua. Nur
Amana yang cemerlang
dalam pelajaran ditawarkan melanjutkan pelajaran ke
Amerika Syarikat. Pun
begitu demi masa depannya kami merelakannya. Seperti
suamiku, aku yakin
dengan ilmu Islam yang diterapkan dalam jiwanya dia
mampu menangkis
segala unsur jahat.
Aku pasti Nur Amana akan terus teguh. Menjadi ikan
yang tetap tawar biar
pun hidup di lautan masin. Lalu hari-hariku diulit
rindu yang dalam.
Terkenang telatah manjanya, senyumannya, rajuknya, dan
bila menjamah
hidangan tengahari tersentuh hatiku, teringat dia yang
jauh dirantau
orang. Namun, rindu terubat juga bila sekali sekala
suratnya menitip
berita, menyatakan rindu dan kasih tidak terhingga.
Lima tahun di negeri orang, Nur Amana kembali dengan
kejayaan membanggakan.
Air mataku menitis. Jauh di sudut hati, aku berbisik
semoga anak inilah
yang mendoakan kesejahteraan ibu dan bapanya bila
hayat berakhir nanti.
Dan di luar dugaanku, pulangnya Nur Amana membawa satu
perubahan yang
ketara. Dia berjilbab kini. Seluruh tubuh termasuk
wajah ditutup dengan
kerundung gelap. Pun aku bersyukur kerana perubahan
itu menjurus kepada
kebaikan.
Seperti suamiku, aku tidak membantah. "Di sana terlalu
banyak fitnah,
Ma...," beritahunya suatu hari bila kutanya apa yang
mendorongnya memakai
purdah. Aku pun menyedari, kemungkaran yang memenuhi
negara kafir tempat
Nur Amana menuntut ilmu itu. Alhamdulillah, kerana Nur
Amana mengambil
langkah bijak. Cuma saudara mara banyak membantah.
Katanya, dengan keadaan
yang seperti itu, Nur Amana sukar mendapat pekerjaan
nanti. Rugilah
kelulusan tinggi yang diperolehi. Tapi Nur Amana cuma
tersenyum mendengar
pertentangan-pertentangan itu. "Jangan bimbang Ma,
pasti ada rezeki
untuk hamba Allah yang memegang syariat-Nya," Nur
Amana memujukku. Dan
hatiku berbunga lega. Benar seperti kata-katanya,
tidak sampai sebulan
pulang dari Amerika, Nur Amana mendapat kerja di
sebuah syarikat di Kuala
Lumpur. Aku tidak begitu tahu tentang tugasnya, tapi
menurut Nur Amana
sebagai eksekutif. Dan kehidupan kami berlangsung
seperti biasa.
Hilang sudah rindu membaraku. Nur Amana berada di
sisiku kini.Hari-hari
berada di depan mata. Cuma beberapa bulan kemudian,
sikap Nur Amana mula
berubah. Dia menjadi pemurung, jarang bercakap dan
sering mengurung diri
dalam kamarnya. Keluarnya bila ke tempat kerja atau
bila kuajak makan
bersama. Itupun kadang-kadang dia menolak. Beberapa
kali aku cuba
mencungkil isi hatinya. Kenapa tiba-tiba dia berubah
laku. Pun aku tidak
berjaya. Nur Amana cukup bijak mengelak dan
menyembunyikan.
Sehinggalah suatu hari aku dihubungi oleh seseorang,
katanya Nur Amana
telah menghantar permohonan ke mahkamah untuk menukar
agama kepada
Kristian. Bergegar jantungku. Suamiku terdiam lama.
Ketika itu Nur Amana
tiada di rumah. Katanya out-station di Singapura
selama seminggu. Aku dan
suami mengambil langkah berdiam diri dahulu. Cerita
sebenar perlu
diperolehi oleh Nur Amana sendiri.
Bagaimana mungkin orang itu boleh membawa khabar itu,
kalau tidak ada
apa-apa? Apa sebenarnya yang dilakukan oleh Nur Amana
sehingga timbul
fitnah yang sebegitu besar? Persoalan demi persoalan
menujam diri
menjadikan aku gelisah menanti kepulangannya.
Kepulangan Nur Amana
kusambut dengan air mata yang entah untuk apa. Yang
pasti hatiku cukup
bimbang.
Cenderamata dari Singapura dihadiahkan. Sehelai kain
sutera berwarna ungu
yang cantik. Pun bagiku ia tidak bernilai apa-apa.
Suamiku menggesanya
cepat membersihkan diri supaya dapat solat Maghrib
berjemaah bersama. Tapi,
Nur Amana, memberi alasan letih dan meminta aku dan
suami solat dahulu.
Bila azan Isyak berkumandang, sekali lagi suamiku
mengetuk pintu kamarnya
mengajak Nur Amana solat bersama. Dan sekali lagi juga
Nur Amana menolak
dengan alasan dia sedang menyiapkan kertas kerja
penting. Satu alasan yang
tidak pernah dilakukan olehnya. Nur Amana yang kudidik
tidak pernah
melengahkan waktu solat. Tidak pernah mengutamakan
kerja lain dari solat.
Tapi mengapa hari ini begitu? Mataku dan suami
bertentangan. Pun kami
cuma membisu. Bersabar dan menunaikan solat Isyak
terlebih dahulu.
Selepas solat kulihat Nur Amana ke dapur, mengisi
perut yang berkeroncong.
Tadi, kupanggil dia makan bersama tapi beralasan
letih. Kecewanya hatiku
dan suami. Selepas makan, Nur Amana menolak pintu
bilik lagi tapi cepat
suamiku memanggil. Nur Amana duduk dihadapanku. Dia
kelihatan bersahaja.
Gadis yang baru mencecah 24 tahun itu kulihat semakin
manis. Wajahnya
lembut. Matanya redup. Bibir merah jambunya yang
cantik sering mengukir
senyuman. Soalan pertama diajukan oleh suamiku. Nur
Amana tersentak.
Dia menafikan sekeras-kerasnya.Katanya itu cuma fitnah
orang yang benci
melihat kejayaannya. Hatiku lega. Nur Amana, anakku
masih memelihara
agamanya.
Sebulan kemudian, aku dihubungi lagi. Permohonan Nur
Amana untuk menukar
agama telah diluluskan. Sekarang Nur Amana berada di
Kota Kinabalu,
menghadiri persidangan penganut agama Kristian
sedunia. Darahku berderau.
Sikap Nur Amana yang mencurigakan akhir-akhir ini
turut menipiskan
kepercayaan aku dan suami padanya. Aku tidak mampu
bertahan lagi.
Suamiku juga begitu. Ketiadaan Nur Amana (out-station
ke Singapura
lagi) memberi peluang kepada kami untuk memecah
biliknya. Kamar sederhana
besar itu tersusun kemas. Sekuntum mawar yang entah
siapa pemberinya telah
kering di atas meja. Dari kad kecil yang terlekat cuma
tertulis tahniah dan
tersusun buku-buku tebal di atas rak. Aku
menghampirinya. Dan jantungku
berdegup kencang bila hampir semua buku-buku tebal itu
adalah berkenaan
agama Kristian, termasuklah sebuah Bible dan
terjemahannya. Aku menggeletar.
Terasa lemah seluruh anggotaku. Suamiku segera
menghubungi mahkamah
meminta kepastian. Dan jawapan yang diberikan begitu
menyakitkan. Air
mataku turun tanpa henti. Apa salah didikanku, lalu
dia jadi begitu?
Subhanallah!
Nur Amana pulang. Terkejut bukan main Nur Amana bila
mendapati pintu
biliknya telah dipecahkan. Suamiku menghujaninya
dengan pertanyaan demi
pertanyaan. Nur Amana membisu membiarkan kemelut terus
berpanjangan.
Namun akhirnya, penjelasan dilafazkan jua. "Saya
mencintai Adam.....
pemuda Kristian, saya benar-benar cinta padanya dan
terperangkap dalam
agama itu...," dan sepantas kilat sebuah tamparan
hinggap ke pipinya.
Kemarahan suamiku sampai ke puncak. Kesabaran terus
terhapus. Nur Amana
menangis. Aku terkaku.Sesungguhnya hakikat ini terlalu
pahit.
Paginya Nur Amana hilang dari rumah. Kamarnya kosong.
Nur Amana membawa
bersama segala pakaian dan buku-buku. Nur Amana bagai
mengatakan bahawa
"Cuma setakat ini saja hubungan kita". Nur Amana
seolah-olah memutuskan
bahawa aku bukan ibunya lagi, suamiku bukan bapanya
lagi. Air mataku
mengalir dan terus mengalir. Hiba hati seorang ibu.
Suamiku bertindak
pantas melaporkan kepada polis. Nur Amana lari dari
rumah! Pun polis
tidak menemuinya. Suamiku membuat permohonan membantah
pertukaran agama
yang dibuat oleh Nur Amana. Tiada pilihan lain, akhbar
terpaksa digunakan
meminta Nur Amana hadir ke mahkamah. Lalu, cerita Nur
Amana menjadi hangat.
Saban hari kisahnya terpampang di akhbar dan kaca
televisyen. Latar
belakangnya dicungkil. Kemudian peribadi Nur Amana
dikritik. Pendidikan
ibu bapa dan sekolah dijadikan alasan. Dan akhirnya,
ramai yang menyimpulkan,
Nur Amana gadis terpuji tersungkur ke perangkap
Kristian kerana cinta!
Alangkah dangkalnya iman Nur Amana. Alangkah!!!
Pada hari perbicaraan, Nur Amana hadir bersama seorang
lelaki muda berdarah
India. Nur Amana tidak bertudung litup lagi. Rambutnya
dibiarkan mengurai
ke bahu. Rambut yang sebelum ini tidak pernah dilihat
oleh mata lelaki
ajnabi. Dan, terasa gugur jantungku bila terlihat
sebentuk salib dibuat
dari emas tulin bercahaya ditimpa cahaya lampu megah
tersemat di dadanya.
Nur Amana tunduk. Langsung tidak memandang kepada
sesiapa. Wajahnya tenang.
Perbicaraan dijalankan. Detik demi detik berlalu.
Keputusan diumumkan.
Suamiku gagal!
Undang-undang negara memberi kebebasan beragama kepada
rakyatnya. Dan kami
tidak berhak menghalang kerana Nur Amana telah berumur
lebih daripada 18
tahun. Lelaki muda di sebelah Nur Amana ku lihat
tersenyum lega. Hatiku
hancur. Di mataku terbayang hukum Allah. Orang murtad
akan dikenakan
hudud! Dipancung setelah enggan setelah disuruh
bertaubat. Nur Amana bukan
tidak tahu itu. Bukan Nur Amana tidak tahu. Tapi,
mengapa dia terus
berdegil, tidak insaf dengan dosa itu?. Aku rebah
dalam pelukan suamiku.
Tubuhku merasa tidak bermaya. Dia tunduk. Wajahnya
merah padam menahan
kemarahan. Jemariku digenggam erat. Air matanya
mengalir perlahan membasahi
pipi. Menitis jatuh ke pipiku. Itulah kali pertama
kulihat air matanya
gugur.
Aku tahu hatinya. Dan cuma aku yang tahu hatinya."Demi
Allah! Aku bersumpah
negara ini tidak akan aman kerana memegang
undang-undang kafir!". Tiba-tiba
suaranya lantang menjerit, meggegarkan suasana
mahkamah yang telah sediakala
hingar apabila mendengar keputusan mahkamah tadi.
Mahkamah sunyi seketika.
Semua mata tertumpu padanya. Tiba-tiba jeritan itu
disambut dengan laungan
"Allahu Akbar" dari orang yang tidak puas hati dengan
keputusan mahkamah.
Aku cuba meredakan kemarahannya. Namun air matanya
semakin lebat.
"Mahkamah ini tidak adil! Sekular! Undang-undang
penjajah!'.
Keadaan semakin gawat apabila polis menangkap suamiku.
Suamiku meronta-
ronta, tapi pegangan kejap beberapa orang anggota
polis melemahkan
kudratnya. Dan akhirnya dia mengalah, membiarkan
tangannya digari.Ketika
melintasi Nur Amana yang terus tenang berdiri di
sebelah lelaki muda yang
tidak kukenali itu, suamiku menoleh. "Kalau jalan ini
yang kau pilih,
teruskanlah..... tapi ingat, kehidupanmu pasti tidak
akan selamat!,"
Nur Amana tidak menjawab. Tunduk. Kaku bagai patung.
Pun kulihat sekilas
senyuman di bibir lelaki muda di sebelahnya. Hatiku
tercalar. Keranamu Nur
Amana, seorang ayah akan hilang seluruh kebahagiaan
hidupnya. Dan hari ini,
suamiku merengkuk dalam penjara.Dituduh menderhaka
kepada mahkamah! Dan
ditakuti akan mencetuskan huru-hara kerana menerbitkan
sentimen perkauman
juga keagamaan.
Aku terjaga ketika jam dinding di ruang tamu
berdenting tiga kali. Aku
belum solat Isyak.Astagfirullah. Dari tadi aku
tertidur dan menyambung
mimpi ngeri semalam. Aku segera membaharui wuduk.Solat
Isyak kudirikan.
Kemudian kususuli dengan solat Taubat dan Hajat. Air
mataku gugur lagi
pada dinihari yang sepi. Doaku tidak putus. Hatiku
retak. Namun jauh di
sudut hati. Aku terus berharap....., pulanglah
anakku,Nur Amana!
Aduhai, kisah Natrah berulang kembali..... Agama
dipermainkan oleh
undang-undang sekular. Lihatlah betapa rapuhnya
undang-undang sehingga
tidak dapat mempertahankan agama ISLAM yang dikatakan
agama RASMI.
Sampai bila perkara ini akan berakhir..... Betapa
hibanya hati seorang
ibu bila anaknya murtad dan kita tahu hukumnya dan
kita tahu masih banyak
lagi kes yang sama seperti Nur Amana. Apakah tindakan
kita yang mengaku
dirinya ISLAM? Apakah tidak tercabar oleh permainan
pihak kuffar ini????
Permainan ini semakin bermaharajalela ditanah air
kita..... Sedarlah!!!
Kita akan tertindas selagi HUKUM ALLAH TIDAK
DITEGAKKAN DI BUMI.......
MALAYSIA khasnya....
SuaMi iDeaL TiDaK TeRLaLu CeMBuRu.
SYARIAT Islam menetapkan bahawa perkahwinan adalah
suatu ikatan yang
diciptakan oleh Allah dalam menyatukan dua insan yang
berlainan jenis.
Sebagai suami atau isteri, mereka perlu mengetahui
bahawa
tanggungjawabnya bukan sekadar menjalankan kewajipan
asas kepada
pasangan, malah berperanan dalam mewujudkan kemesraan,
keharmonian dan
keseronokan. Bagaimanapun, harus diingat, segala
'keindahan' yang
diimpikan itu hanya dibenarkan sesudah sahnya
pernikahan, bukan
sebelum itu.
Kebiasaan kini, istilah bercinta sebelum berkahwin
kerap menjadi
prasyarat dalam memastikan 'calon' yang dipilih
benar-benar serasi dan
sesuai. Atas alasan itu, maka setiap perbuatan yang
dilakukan
seolah-olah di'halal'kan tanpa memikirkan risiko dan
akibatnya dari
segi agama dan maruah.
Ada pasangan yang sekian lama bercinta dan bebas ke
sana ke mari
seperti belangkas. Selepas kedua-duanya merasakan
sudah 'serasi',
barulah mengambil keputusan untuk berkahwin. Akhirnya,
usia
perkahwinan belum pun menjangkau lamanya umur
bercinta, tiba-tiba
bercerai. Inikah yang kita mahukan selepas puas
menjalinkan ikatan
percintaan?
Sebagai peringatan kepada wanita, bakal calon suami
yang baik, lagi
salih tidak boleh diperoleh hanya melalui proses
percintaan
sedemikian. Hal ini kerana bercinta melalui hubungan
intim atau keluar
berdua-duaan dan berpegangan tangan, tidak lain hanya
perbuatan
dilarang dalam Islam.
Rasulullah bersabda bermaksud: "Janganlah seorang
lelaki berdua-duaan
dengan wanita (yang bukan mahramnya) kerana yang
ketiganya adalah
syaitan." (Hadis riwayat Abu Daud)
Oleh demikian, seorang wanita Muslim perlu
berhati-hati dan berwaspada
terhadap seorang lelaki yang mengajaknya keluar
berdua-duaan. Ajakan
yang dibuat itu perlulah diteliti dulu latar belakang
dan tujuan
lelaki itu. Perkara itu kerana kemungkinan lelaki itu:
Hatinya berpenyakit kerana ingin berdua-duaan dengan
perempuan yang
bukan mahramnya. Lebih bahaya jika dia ada niat buruk
di sebalik
ajakannya itu.
Belum mempunyai pendirian tetap untuk berumah tangga
dan masih tidak
pasti sama ada mahu mengambil pasangannya sebagai
isteri. Oleh itu,
dia memilih untuk bercinta dulu dan selepas itu bebas
menentukan
pilihannya.
Seorang yang banyak tipu daya dan janji palsu.
Justeru, bercinta
adalah cara terbaik bagi lelaki itu untuk menabur
janji manis yang
belum pasti untuk ditunaikan.
Firman Allah bermaksud: "Wanita yang keji untuk lelaki
yang keji dan
lelaki yang keji untuk wanita yang keji (pula) dan
wanita yang baik
untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk
wanita yang baik
(pula)." (Surah an-Nur, ayat 26)
Antara kriteria suami yang disarankan Islam adalah:-
Bersikap jujur dan berterus terang ketika membuat
lamaran.
Sikap ini bermula sebelum lelaki itu menjadi suami
iaitu ketika
lamaran dibuat. Sejak awal lagi, dia menunjukkan
kejujuran dan
berterus terang. Dia bukan saja mahu merisik kebaikan
dan kelemahan
calon isterinya, malah kelemahan dan kelebihannya juga
tidak
disembunyikan.
Melayan isterinya dengan baik.
Layanan dan kasih sayang yang diberikan oleh seorang
suami menunjukkan
bahawa dia menghormati isterinya sebagai teman dan
sahabat yang
diperlukannya ketika senang atau susah. Segala
kekurangan dan
kelebihan isterinya diterima dengan hati tabah dan
reda.
Firman Allah bermaksud: "Dan pergaulilah mereka (suami
isterimu)
dengan makruf." (Surah an-Nisa, ayat 19)
Mengasihi isteri seperti dirinya sendiri.
Suami baik dan ideal adalah seorang yang tidak terlalu
cemburu, tidak
menyimpan rasa curiga dan tidak bersifat keterlaluan
dalam segala
sesuatu. Dia sanggup memberikan sepenuh kepercayaan
kepada isteri, di
samping melindungi maruah dan kehormatan dirinya.
Malah, jika didapati
ada sebarang kelemahan pada isteri, dia mudah
berlapang dada dan
bersedia membantu untuk memperbaikinya dengan penuh
kasih sayang.
Sabda Rasulullah bermaksud: "Orang yang beriman tidak
boleh membenci
isterinya. Jika dia tidak suka kepada salah satu
perangainya, tentu
ada salah satu perangainya yang dia sukai." (Hadis
riwayat Muslim)
Memuliakan isteri.
Memuliakan isteri, termasuk kemampuan seorang suami
untuk berbicara
dan berkomunikasi dengan baik dalam setiap keadaan
serta mengucapkan
kata-kata yang menenangkan jiwa isterinya. Suami juga
mesti pandai
mengambil hati isteri ketika dia menghadapi tekanan
emosi atau
kepenatan dalam melaksanakan tanggungjawabnya.
Rasulullah bersabda bermaksud: "Yang terbaik antara
kamu adalah orang
yang terbaik kepada isterinya. Sebab orang yang
memuliakan wanita,
pasti orang yang mulia. Sebaliknya, orang yang
menghina wanita
(isteri) pastilah orang tercela." (Hadis riwayat Ibnu
Asakir)
Memenuhi hak isteri sesuai dengan syariat Islam.
Suami salih akan berusaha memenuhi hak isterinya
sesuai dengan syariat
Islam. Sabda Rasulullah bermaksud: "Hendaknya orang
yang mampu
menafkahkan kepada isterinya menurut kemampuannya. Dan
orang yang
sedikit rezekinya, hendaklah memberi nafkah sesuai
yang Allah
berikan."
Justeru, suami perlu memberikan belanja yang cukup,
tidak boros dan
bakhil kepada isterinya sesuai dengan garis
kesederhanaan.
Sentiasa menjaga kebersihan dan berhias untuk isteri.
Seperti tuntutan ke atas isteri, seorang suami juga
dituntut untuk
berhias dan berhadapan dengan isterinya dengan bersih
dan kemas tanpa
mengurangkan sifat kelelakian dan kewibawaannya.
Rasulullah bersabda
bermaksud: "Cucilah wahai lelaki pakaianmu, pakailah
minyak rambut,
bersihkan gigimu dan bersucilah kerana Bani Israel
tidak melakukan hal
ini kepada isteri mereka." (Hadis riwayat Thabrani)
Memelihara rahsia rumah tangga.
Suami yang baik mampu menjaga kerahsiaan dalam rumah
tangganya dan
tidak mudah untuk disebarkan kepada orang lain. Ini
termasuk kelemahan
isterinya sendiri. Sebaliknya, beliau cuba untuk
menyelesaikan segala
permasalahan yang dihadapi dengan bijak dan berhikmah.
Seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah: "Apa hak
isteri ke atas
suaminya?" Nabi menjawab: "Memberi isteri makan
apabila kamu makan,
memberi isteri pakaian apabila kamu berpakaian, tidak
boleh memukul
wajahnya dan tidak boleh menjelek-jelekkannya dan
menjauhinya kecuali
dalam lingkungan rumahmu." (Hadis riwayat Abu Daud)
Sesungguhnya, kaedah pertemuan antara dua insan
sebelum pernikahan
akan menentukan nilai dalam kehidupan berumah
tangganya nanti. Apabila
pasangan itu bertemu dulu bukan kerana, Allah maka
segera
memperbetulkannya mengikut syariat Islam.
Begitu juga ketika proses pernikahan, apabila ia
dijalankan dengan
tidak melanggar syariat, maka ia akan mudah dibentuk
menjadi rumah
tangga ideal yang penuh kebahagiaan (sakinah) dan
berkasih sayang
(mawaddah warahmah).
Rumah tangga yang mengalami proses sebegini umpama
sebuah pohon yang
sedang tumbuh di persekitaran subur, walaupun nampak
lambat, namun
pasti besar merimbun
aNDaiNYa KaSiH HeNDaK Ku BeRiKaN.
"Kasih manusia sering bermusim, sayang manusia tiada
abadi. Kasih Tuhan tiada bertepi, sayang Tuhan
janjiNya pasti"
Itulah sedikit dari bait - bait lagu Raihan. Lantaran
kasih manusia yg sering bermusim dan sayangnya yang
tidak kekal lama, kita perlu sentiasa berwaspada
terutamanya dalam memilih pasangan. Andainya sikit
daripada cinta itu hendak diberi pada seseorang yang
boleh digelar suami, pilihlah seorang lelaki yang...
1-Kuat agamanya.
Biar sibuk macamana, solat fardu tetap terpelihara.
Utamakanlah pemuda yang kuat pengamalan agamanya.
Lihat saja Rasulullah menerima pinangan Saidina Ali
buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yang
tinggi biarpun dia pemuda paling miskin.
2-Baik akhlaknya.
Ketegasannya nyata tapi dia lembut dan bertolak -ansur
hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan
hati yang mulia. Rasa hormatnya pada warga tua ketara.
3-Tegas mempertahankan maruah.
Pernahkah dia menjengah ke tempat - tempat yang
menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai seorang
Islam.
4-Amanah
Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan
sengaja ditambah pula salah guna kuasa, lupakan saja
si dia.
5-Tidak boros
Dia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan wang
dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikongsi
bersama mereka yang berhak.
6-Tidak liar matanya
Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah
perempuan lain yang lalu-lalang ketika berbicara. Jika
ya jawabnya, dia bukanlah calon yang sesuai buat kamu.
7-Terbatas pergaulan
Sebagai lelaki dia tahu dia tak mudah jadi fitnah
orang, dan dia tak amalkan cara hidup bebas.
8-Rakan pergaulannya.
Rakan - rakan pergaulannya adalah mereka yang
sepertinya.
9-Bertanggungjawab
Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana
dia memperuntukkan dirinya untuk ibubapa dan ahli
keluarganya. Jika ibubapanya hidup melarat sedang dia
hidup hebat, nyata dia tak bertanggungjawab
10-Tenang wajah
Apa yang tersimpan di dalam sanubari kadang - kadang
terpancar pada air muka. Wajahnya tenang, setenang
sewaktu dia bercakap dan bertindak.
Berbahagialah kamu jika dicintai calon yang demikian
sifatnya...
Ya Allah,mampukah aku mendapat keredhaan-Mu dan
naungan-Mu di Padang Masyhar kelak...
_
sumber:ukhwah.com
KeCaNTiKaN LeLaKi DaN KeGaGaHaN WaNiTa.
Kecantikan Lelaki
Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada
murni rohani. Lelaki yang cantik,adalah:-
1)Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
2)Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3)Lelaki yang memberi madu,setelah menerima racun
4)Lelaki yang tenang dan lapang dada
5)Lelaki yang baik sangka
6)Lelaki yang tak pernah putus asa
Kecantikkan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati.Seluruh
kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad S.A.W adalah
kecantikan yang sempurna seorang lelaki.
Kegagahan Wanita
Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan,tetapi
pada
kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah,adalah:-
1)Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2)Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3)Perempuan yang tabah menangung kerinduan setelah ditinggalkan
4)Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala
keinginan
Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh
kegagahan
yang ada pada Sayidah Khadijah R.A adalah kegagahan
sempurna bagi seorang perempuan.
Sabda Rasulullah S.A.W:-
" Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"
Surah Al-Ahzab: Ayat 71
" Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan
mengampuni
bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah
dan Rasul-Nya,maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan
yang
besar."
TauHiD; HaKiKaT DaN KeDuDuKaNNYa...
Firman Allah Ta'ala:
"Aku menciptakan jin dan manusia, tiada lain hanyalah untuk
beribadah kepada-Ku." (Adz-Dzariat: 56).
Ibadah ialah penghambaan diri kepada Allah Ta'ala dengan mentaati
segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya, sebagaimana
yang telah disampaikan oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wa
sallam. Dan inilah hakekat agama Islam, karena Islam maknanya ialah
penyerahan diri kepada Allah semata-mata yang disertai dengan
kepatuhan mutlak kepada-Nya dengan penuh rasa rendah diri dan cinta.
Ibadah berarti juga segala perkataan dan perbuatan, baik lahir
maupun batin, yang dicintai dan diridhai oleh Allah. Dan suatu amal
diterima oleh Allah sebagai suatu ibadah apabila diniati ikhlas,
semata-mata karena Allah dan mengikuti tuntunan Rasulullah
shallallahu 'alaihi wa sallam.
"Dan sesungguhnya Kami telah mengutus rasul pada setiap umat (untuk
menyerukan): Beribadahlah kepada Allah (saja) dan jauhilah thaghut."
(An-Nahl: 36)
Thaghut yaitu setiap yang diagungkan -selain Allah- dengan disembah,
ditaati, atau dipatuhi, baik yang diagungkan itu berupa batu,
manusia, ataupun syetan. Menjauhi thaghut yaitu mengingkari,
membencinya, tidak mau menyembah dan memujanya dalam bentuk dan
dengan cara apapun.
"Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan beribadah
kecuali hanya kepada-Nya, dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu
bapakmu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang diantara keduanya
atau kedua-duanya mencapai usia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka
sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah"
dan janganlah kamu membentak mereka, serta ucapkanlah kepada mereka
perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu kepada mereka berdua
dengan penuh kasih sayang, dan ucapkanlah: Wahai Tuhanku, kasihilah
mereka berdua sebagaimana mereka keduanya telah mendidikku waktu
kecil." (Al-Isra': 23-24)
"Beribadahlah kamu sekalian kepada Allah (saja) dan janganlah
berbuat syirik sedikitpun kepada-Nya." (An-Nisaa': 36)
Syirik yaitu memperlakukan sesuatu -selain Allah- sama dengan Allah
dalam hal yang merupakan hak khusus bagi-Nya.
"Katakanlah (Muhammad): Marilah kubacakan apa yang diharamkan
kepadamu oleh Tuhanmu, yaitu: janganlah kamu berbuat syirik
sedikitpun kepada-Nya, berbuat baiklah kepada kedua orang tua, dan
janganlah kamu membunuh anak-anak kamu karena takut kemiskinan. Kami
akan memberi rezeki kepadamu dan kepada mereka, dan janganlah kamu
mendekati perbuatan-perbuatan yang keji, baik yang tampak maupun
yang tersembunyi, dan janganlah kamu membunuh jiwa yang diharamkan
Allah kecuali dengan sesuatu (sebab) yang benar. Demikianlah yang
diwasiatkan Allah kepadamu, supaya kamu memahami(nya). Dan janganlah
kamu dekati harta anak yatim, kecuali dengan cara yang lebih
bermanfaat, hingga ia mencapai kedewasaannya, dan sempurnakanlah
takaran dan timbangan dengan adil. Kami tidak memikulkan beban
kepada seseorang melainkan menurut kesanggupannya. Dan apabila kamu
berkata, maka hendaklah kamu berlaku adil, kendatipun ia adalah
kerabat(mu), dan penuhilah janji Allah. Yang demikian itu
diwasiatkan Allah kepadamu, agar kamu ingat. Dan (kubacakan):
Sungguh inilah jalan-Ku, berada dalam keadaan lurus, maka ikutilah
dia, dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain) karena
jalan-jalan itu akan menceraiberaikan kamu dari jalan-Nya. Yang
demikian itu diwasiatkan Allah kepadamu agar kamu bertakwa." (Al
An'am: 151-153).
Ibnu Mas'ud radhiyallahu 'anhu berkata:
"Barang siapa yang ingin melihat wasiat Rasulullah
shallallahu 'alaihi wa sallam, yang tertera diatasnya cincin stempel
milik beliau, maka supaya membaca firman Allah Ta'ala:...(surah Al-
An'am 151-153, seperti tersebut di atas)."
Mu'adz bin Jabal, radhiyallahu 'anhu, menuturkan:
"Aku pernah diboncengkan Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam di atas
seekor keledai. Lalu beliau bersabda kepadaku: Hai Mu'adz, tahukah
kamu apakah hak Allah yang wajib dipenuhi oleh para hamba-Nya dan
apa hak para hamba yang pasti dipenuhi Allah? Aku menjawab: Allah
dan Rasul-Nya lebih mengetahui. Beliaupun bersabda: Hak Allah yang
wajib dipenuhi oleh hamba-Nya adalah supaya mereka beribadah kepada-
Nya saja dan tidak berbuat syirik sedikitpun kepada-Nya, sedangkan
hak para hamba yang pasti dipenuhi Allah ialah bahwa Allah tidak
akan menyiksa orang yang tidak berbuat syirik sedikitpun kepada-Nya.
Aku bertanya: Ya Rasulullah, tidak perlukah aku menyampaikan kabar
gembira ini kepada orang-orang? Beliau menjawab: Janganlah kamu
menyampaikan kabar gembira ini kepada mereka, sehingga mereka nanti
akan bersikap menyandarkan diri." (HR Bukhari dan Muslim dalam
shahih mereka)
Dikutip dari buku: "Kitab Tauhid" karangan Syaikh Muhammad bin Abdul
Wahhab.
RaHSia KHYuSYuK Di DaLaM SoLaT.
Cara yang sebaik-baiknya untuk khusyuk dalam sembahyang ialah dengan
melakukan beberapa perkara :
1. Hendaklah orang yang bersembahyang itu mengambil tahu dan
mempelajari makna-makna bacaan dalam sembahyang. Seperti bacaan Al-
Fatihah, tahiyyat, tasbih dalam rukuk dan sujud, dan bacaan-bacaan
yang lain supaya dia tidak teringatkan perkara-perkara yang lain,
selain daripada hatinya menumpukan kepada pengertian bacaan-bacaan
itu.
2. Orang yang sembahyang itu, hendaklah dia ingat bahawa dia
sentiasa dalam perhatian Allah. Allah sentiasa memerhatikan gerak-
gerinya, bacaannya dan hatinya. Dari itu, tidaklah seharusnya
seseorang yang sembahyang itu berangan-angan dan berkhayal dalam
sembahyang.
3. Untuk membantu supaya dia dapat khusyuk dalam sembahyang, eloklah
seseorang itu memohon pertolongan Allah untuk mengkhusyukkan
sembahyangnya dengan membaca surah An-Nas sebelum dia mengangkat
Takbirratul-Ihram.
Adapun faedah-faedah yang boleh didapati daripada kekhusyukan
sembahyang itu, setengah daripadanya ialah dia akan mendapat
ganjaran atau pahala yang banyak daripada Allah. Ini kerana sedikit
atau banyaknya pahala yang didapati oleh seseorang itu, terhenti
pada nilai khusyuk sembahyangnya.
Selain daripada itu, sembahyang yang benar-benar berfungsi untuk
mencegah perkara maksiat dan mungkar ialah sembahyang yang khusyuk,
didirikan semata-mata kerana Allah.
Seperti firman Allah yang di dalam Surah Al-Ankabut, ayat 45
bermaksud :
"Bahawasanya, sembahyang itu dapat mencegah perkara jahat dan
mungkar."
RAHSIA KHUSYUK DALAM SEMBAHYANG
Seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf, dia sangat warak dan
sangat khusyuk solatnya. Namun dia selalu khuatir kalau-kalau
ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang
dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang
selalu dirasakan kurang khusyuk.
Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim
Al-Isam dan bertanya : "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya
tuan solat?"
Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?"
Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa, iaitu membasuh semua
anggota wudhu' dengan air. Sementara wudhu' batin ialah membasuh
anggota dengan tujuh perkara :-
1. Bertaubat
2. Menyesali dosa yang dilakukan
3. Tidak tergila-gilakan dunia
4. Tidak mencari / mengharap pujian orang (riya')
5. Tinggalkan sifat berbangga
6. Tinggalkan sifat khianat dan menipu
7. Meninggalkan sifat dengki
Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku
kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan
penuh kewaspadaan dan aku bayangkan Allah ada di hadapanku, syurga
di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat maut berada
di belakangku, dan aku bayangkan pula bahawa aku seolah-olah berdiri
di atas titian 'Sirratul Mustaqim' dan aku menganggap bahawa solatku
kali ini adalah solat terakhirku, kemudian aku berniat dan bertakbir
dengan baik.
Setiap bacaan dan doa dalam solat kufaham maknanya, kemudian aku
ruku' dan sujud dengan tawadhu', aku bertasyahhud dengan penuh
pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku
bersolat selama 30 tahun."
Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan
ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.
KHUSYUK DALAM SOLAT
IMAM AL-GHAZALI menyatakan bahawa orang yang tidak khusyuk
sembahyangnya adalah dikira sia-sia belaka, kerana tujuan solat itu
selain untuk mengingati Allah SWT, ia juga berfungsi sebagai alat
pencegah dari perbuatan keji dan mungkar. Apabila lalai ketika
menunaikan solat bererti orang tersebut tidak akan berasa gerun
ketika melakukan perkara keji dan mungkar.
Solat yang khusyuk ialah mereka yang sentiasa sedar dan mengikuti
segala pengertian dari setiap kalimah yang di ucapkan di dalam
solatnya.
Justeru itu apabila ia membaca Fatihah, hatinya akan mengikuti dan
memahami makna setiap kalimah yang terucap. Misalnya apabila mereka
membaca ayat keempat dari Surah Al-Fatihah yang bermaksud:
"Tuhan yang memiliki hari Akhirat."
Maka tergambar segala kalut sibuk dan huru-hara manusia serta
bersesak di padang Masyhar, ia akan terasa diri semakin kerdil dan
lemah disisi Allah SWT.
Apabila membaca ayat kelima dari surah Al-Fatihah yang bermaksud :
"Engkaulah yang kusembah dan Engkaulah tempatku bermohon."
Bererti mereka telah memberikan kesetiaan dan pengabdian hanya
kepada Allah, bukannya menjadi penyembah hawa nafsu atau yang lain-
lainnya.
Akhirnya mereka tidak ada keinginan untuk melakukan perkara keji dan
mungkar, kerana melakukan perbuatan keji bererti mereka telah
menjadi hamba nafsu, yang demikian adalah bercanggah dengan
ucapannya yang mengaku bahawa dia hanya menyembah Allah SWT semata-
mata.
Selepas itu mengamati lain-lain bacaan dalam sembahyang dengan
khusyuk, yang mengandungi berbagai bacaan dan doa-doa yang
memperlihatkan kebesaran Tuhan. Jika difahami sungguh-sungguh
cukuplah kesemua itu akan menghakis sikap-sikap hodoh yang ada pada
diri manusia itu.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
"Berapa banyak orang yang mendirikan solat, tetapi yang di perolehi
hanya penat dan letih, kerana mereka itu lalai dalam sembahyangnya."
Hadis tersebut menggambarkan betapa banyak sembahyang yang didirikan
oleh seseorang itu, tetapi malangnya ia tidak memperolehi pahala
melalui sembahyang itu.
Firman Allah yang bermaksud :
"Maka kecelakaanlah bagi orang-orang solat, (iaitu) orang-orang yang
lalai dari solatnya." Surah al-Ma'un : ayat 4-5
Nabi s.a.w bersabda lagi yang bermaksud :
"Tidak ada habuan bagi seseorang hamba dalam sembahyangnya kecuali
sekadar mana yang ia ingat."
Hadis tersebut menjelaskan bahawa solat seseorang yang dalam keadaan
lalai, sesungguhnya tidak mempunyai sebarang nilai kebaikan di sisi
Allah SWT. Malah solatnya itu akan sekadar menjadi kayu pengukur,
jika seseorang ingin tahu sekadar mana pahala yang di perolehi dan
sebanyak mana pula yang kosong, maka selepas solat cubalah adakan
muhasabah, sebanyak manakah masa yang dia serada dalam keadaan
khusyuk, iaitu ingat segala perbuatan dan ucapan mereka dalam
sembahyang itu, atau sebanyak mana pula yang lalai. Kalau banyak
masa lalai maka setakat baki yang sedikit itu tidak payahlah untuk
menunggu akhirat bagi melihat pahala solat itu, sebaliknya didunia
ini pun kita sudah boleh mengagak apa yang kita perolehi dari solat
yang tidak khusyuk itu.
Sesungguhnya solat itu tidak sama dengan ibadah yang lain.Jika
dibandingkan dengan ibadah puasa, memang dalam ibadah puasa tidak
ada khusyuk, tetapi puasa yang memenuhi segala syarat akan kelihatan
kesannya dari puasanya itu. Disebabkan menahan lapar dan dahaga
bukan sahaja mereka akan kelihatan letih dan kurang bermaya, tetapi
juga mereka kelihatan sebagai seorang yang tinggi pekertinya,
senantiasa menjaga perkara yang boleh membatalkan puasa dan juga
pahala puasa seperti menjaga lidahnya dari mengumpat dan
mengeluarkan kata-kata yang tidak berfaedah.
Begitu juga zakat, walaupun ketika melakukan ibadah zakat itu tidak
disertai dengan khusyuk namun maksud kepada penunaian zakat itu
kelihatan juga. Menunaikan zakat dapat menghakis sifat bakhil
seseorang.
Orang-orang yang dikuasai oleh sifat bakhil tidak mungkin mampu
menunaikan zakat.
Demikian juga dengan ibadah haji, walaupun ketika melakukan ibadah
haji seseorang itu dalam keadaan lalai kerana ibadah haji melibatkan
dua perkara iaitu tubuh badan dan harta benda. Sama ada menunaikan
haji itu dalam keadaan lalai dan sebagainya, namun kesannya dari
ibadah haji itu jelas ketara, kerana ia terpaksa membelanjakan wang
beribu-ribu ringgit. Tubuh badan terasa letih dan wang ringgit habis.
Sebaliknya ibadah solat ini amat berbeza sekali dengan semua ibadah
yang dinyatakan itu. Menurut Imam al-Ghazali bahawa solat itu
merupakan "munajat" (berdialog dan berbisik) seorang hamba terhadap
Tuhannya.
Apabila solat itu sebagai munajat sudah tentu dilakukan dengan penuh
kesedaran di samping khusyuk dan tawadhuk. Bagaimana mungkin seorang
yang lalai boleh berbisik atau berdialog dengan Allah SWT.
Orang yang mengerjakan solat dalam keadaan lalai sama keadaannya
orang yang mengigau ketika tidur, walaupun mungkin ia menyebut
Allahu Akbar dan juga lain-lain kalimah yang memuji keagungan Allah
SWT, seperti bertasbih mensucikan Allah, bertahmid memuji Allah
namun semua itu tidak termasuk lansung dalam pengertian munajat
kepada Allah kerana sebenarnya orang itu sedang mengigau.
Sesungguhnya orang mengigau itu adalah orang yang bertutur di luar
kesedaran.
Khusyuk menjadi syarat sama ada solat seseorang itu akan diterima
oleh Allah SWT. Jika khusyuk tidak wujud dalam diri orang yang
menunaikan solat, maka ruang kosong itu pasti terisi dengan sifat
lalai. Orang yang lalai tidak akan merasai keagungan Allah SWT,
sekalipun lidahnya mengucapkan kalimah-kalimah yang mengandungi
segala puji-pujian terhadap Allah.
Segala puji-pujian yang ditujukan kepada Allah SWT bukan saja
melalui ucapan lisan, tetapi juga dengan bahasa hati. Apabila hati
lalai ia akan menjadi hijab yang menghalang seseorang itu untuk
menghampiri Alah, meskipun Allah SWT menyatakan bahawa ia lebih
hampir daripada saraf dan urat seseorang.
Firman Allah Taala yang berbunyi:
"Ketahuilah dengan menyebut nama Allah itu dapat menenangkan hati."
Surah Ar-Ra'adu : ayat 28
Dan ketahuilah, solat adalah ibadah utama yang akan dihisab terlebih
dahulu di akhirat oleh Allah SWT, berbanding dengan amalan-amalan
yang lain. Sekiranya solat seseorang itu dalam keadaan sempurna,
maka barulah dihitung pula amalan yang lain.
SEMUGA MEMBERI MANAFAAT ....

